Op PeWA: 466 notis saman dikeluarkan JPJ Perlis

Foto RTM

KANGAR, 23 Jun – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis terus memperkukuh penguatkuasaan terhadap pemandu warga asing termasuklah kenderaan asing menerusi Operasi Khas Pemandu Warga Asing (PeWA).

RINGKASAN BERITA AI
  • 466 notis saman dikeluarkan terhadap pemandu warga asing antara Januari hingga 21 Jun.
  • Kesalahan paling kerap: pelesenan pemandu 129, teknikal 105, pelesenan kenderaan 95, cermin gelap 35, lain-lain 102.
  • Disita 52 kenderaan tempatan dipandu warga asing serta tujuh kenderaan asing dari Thailand; penguatkuasaan juga melibatkan kenderaan berdaftar Malaysia.

Operasi yang dilaksanakan secara berterusan sepanjang Januari hingga 21 Jun lalu telah merekodkan sebanyak 466 notis saman dikeluarkan ke atas pemandu warga asing.

Menurut kenyataan Pengarah JPJ Negeri Noraini Mohd Nawi, kesalahan yang paling banyak dikesan adalah melibatkan pelesenan pemandu dengan 129 kes, pelesenan kenderaan dengan (95), teknikal (105), cermin gelap (35) dan kesalahan lain 102 kes.

“Penyitaan melibatkan 52 kenderaan milik warga tempatan yang dipandu oleh warga asing terutama Rohingya, manakala tujuh kenderaan asing dari Thailand juga disita,” katanya.

Penguatkuasaan turut melibatkan kenderaan yang digunakan oleh warga asing sama ada kenderaan asing atau kenderaan berdaftar di Malaysia.

Antara kesalahan lain termasuklah Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, tidak memiliki Permit Edaran Antarabangsa (ICP) mempunyai tunggakan saman termasuk pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan.

“Pihak kami merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pengguna jalan raya yang sentiasa mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan,” jelas kenyataan itu lagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.