PRN Johor : Amanah pertaruh lebih ramai calon muka baharu, orang muda

Datuk Seri Mohamad Sabu/ BERNAMA

JOHOR BAHRU, 19 Jun – Parti Amanah Negara (Amanah) meletakkan golongan muda, membarisi separuh daripada calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Amanah mengemukakan 19 calon, kebanyakan calon adalah orang tempatan.
  • Calon Amanah, DAP dan PKR wajib saling membantu memastikan kemenangan calon Pakatan Harapan.
  • Kira-kira enam atau tujuh calon pernah bertanding, kerusi bertebaran di kawasan utara dan tengah.

Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, 19 calon parti itu telah dikemukakan, dengan rata-rata calon terdiri daripada orang tempatan.

“Kita adalah satu pasukan Pakatan Harapan. Mana-mana calon daripada Amanah, DAP dan PKR wajib membantu memenangkan calon Amanah di Johor.

“Begitu juga calon daripada PKR dan Amanah perlu membantu memenangkan calon DAP, manakala calon daripada DAP dan Amanah turut bertanggungjawab memastikan kemenangan calon PKR,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Amanah Zon Selatan di sini.

Sementara itu Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan berkata daripada 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi parti itu, kira-kira enam atau tujuh calon adalah individu yang pernah bertanding sebelum ini.

“Kebanyakannya merupakan calon tempatan. Jika dikira, kerusi yang ditandingi itu agak bertebaran. Di kawasan utara terdapat empat kerusi, manakala di kawasan tengah pula sekitar lima kerusi,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Datuk Seri Mohamad turut menyampaikan bendera kepada Pengarah Jentera Operasi di lapan DUN di Johor.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.