IRGC ancam sasar lokasi baharu jika AS terus lancar serangan

Foto REUTERS

TEHRAN, 21 September – Pengawal Revolusi Iran memberi amaran akan menyerang sasaran baharu serta menggunakan senjata baharu, sekiranya Amerika Syarikat (AS) terus melancarkan serangan ke atas negara itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • IRGC umum perubahan ketara dalam strategi pertahanan dan serangan balas.
  • Memperkenalkan senjata baharu yang mengejutkan dunia; sasaran baharu belum pernah diserang.
  • Tehran terus melancarkan serangan berkala terhadap kapal komersial di Selat Hormuz; perang turut merebak ke Yaman melalui Houthi.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), sayap ideologi tentera Iran berkata, akan berlaku perubahan ketara dalam pertahanan dan serangan balas republik itu, jika AS melancarkan serangan baharu.

“Kami akan memperkenalkan senjata baharu dengan keupayaan baharu ke medan perang dan dunia akan terkejut.

“Sasaran kami juga tidak semestinya sama seperti sebelum ini. Kami mempunyai sasaran baharu yang belum pernah diserang,” kata IRGC sambil menambah bahawa mereka bersedia menghadapi perang berpanjangan.

Pada Sabtu, pusat pemerintahan tentera Iran dilaporkan berkata, AS sedang merancang tindakan baharu terhadap Tehran, namun tidak memberikan butiran lanjut.

Pertempuran antara AS dengan Iran reda sejak beberapa hari kebelakangan ini selepas ketegangan memuncak pada penghujung bulan lalu.

Bagaimanapun, Tehran masih melancarkan serangan secara berkala terhadap kapal komersial di Selat Hormuz.

Kedua-dua pihak mengekalkan sekatan masing-masing di laluan perairan itu dalam usaha memberi tekanan.

Perang turut merebak ke Yaman, dengan kumpulan Houthi yang disokong Iran merampas lebih banyak wilayah daripada kerajaan yang disokong Arab Saudi, selain melancarkan serangan terhadap sasaran di Arab Saudi, termasuk ibu negara Riyadh. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.