Gempa Mindanao: Korban meningkat kepada 61 orang, 40 masih hilang

Foto REUTERS

MANILA, 14 Jun – Angka korban gempa bumi bermagnitud 7.8 yang melanda kawasan luar pantai selatan Mindanao, Filipina awal minggu ini meningkat kepada 61 orang, manakala 1,403 lagi cedera setakat pagi Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • 40 orang masih hilang; lebih 720,000 penduduk terjejas akibat gempa.
  • Kerosakan melibatkan kira-kira 54,000 rumah dan 725 kemudahan infrastruktur.
  • Kerugian dianggarkan melebihi 1 bilion peso; 13 bandar dan majlis perbandaran isytihar bencana.

Menurut laporan Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan Filipina, 40 orang masih hilang, manakala jumlah penduduk terjejas akibat bencana itu melebihi 720,000 orang.

Laporan itu turut menyatakan 54,000 rumah dan 725 kemudahan infrastruktur mengalami kerosakan akibat gempa berkenaan.

Jumlah kerugian keseluruhan pula dianggarkan melebihi 1 bilion peso, bersamaan kira-kira AS$16.46 juta.

Selain itu, 13 bandar dan majlis perbandaran telah mengisytiharkan keadaan bencana susulan impak gempa tersebut.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina berkata gempa tektonik itu berlaku pukul 7.37 pagi waktu tempatan pada kedalaman 33 kilometer.

Menurut institut itu, pusat gempa terletak 32 kilometer ke barat daya pesisir bandar Maasim di wilayah Sarangani, Pulau Mindanao.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.