
SINTOK, 14 Jun – Program akademik yang ditawarkan Universiti Utara Malaysia (UUM) merupakan antara yang terbaik di Malaysia dan sentiasa diperkasakan bagi memenuhi keperluan semasa industri.
- Kurikulum dan program diperkasakan melalui kerjasama strategik dengan syarikat serta organisasi profesional.
- Integrasi pensijilan profesional dalam program meningkatkan kebolehpasaran dan memberikan nilai tambah kepada graduan.
- Contoh pensijilan ditawarkan: CPA, ACCA bagi Perakaunan; CILT bagi Logistik; OSH-C melalui program jangka pendek SBM.
- Kerjasama rapat dengan industri memastikan pelajar mendapat ilmu yang dikehendaki dan graduan sangat diingini oleh industri.
Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed berkata, universiti sentiasa memastikan kurikulum dan program pengajiannya kekal relevan melalui kerjasama strategik dengan pelbagai syarikat serta organisasi profesional.
Menurut beliau, UUM turut memberi penekanan kepada pembangunan kebolehpasaran graduan menerusi integrasi pensijilan profesional dalam beberapa program pengajian bagi memberikan nilai tambah kepada pelajar sebelum memasuki alam pekerjaan.
Sebagai contoh, program Perakaunan menyediakan laluan ke arah pensijilan profesional seperti ‘Certified Public Accountant’ (CPA) dan ‘Association of Chartered Certified Accountants’ (ACCA), manakala program Logistik dan Pengangkutan di Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) menawarkan pensijilan ‘Chartered Institute of Logistics and Transport’ (CILT).
Selain itu, UUM turut menyediakan Pensijilan ‘Occupational Safety and Health Coordinator ‘(OSH-C) menerusi program jangka pendek yang dikendalikan oleh Pusat Pengajian Perniagaan (SBM) bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan.
“Saya boleh katakan bahawa program-program kita memang menepati cita rasa industri, memang memenuhi kehendak industri dan kita berjaya memastikan graduan-graduan kita ini sangat diikehendaki oleh industri.
“Yang kedua, kita juga sentiasa bekerjasama rapat dengan industri.
“Setiap masa, walaupun kita duduk jauh di utara ini, tetapi industri sentiasa datang untuk bekerjasama membantu kita, membantu pelajar-pelajar kita, membantu memastikan bahawa pelajar-pelajar kita mempunyai ilmu yang sebaik mungkin seperti mana yang dikehendaki oleh industri,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah dalam Program Graduate Employability: Reality vs Expectation di Kompleks Konvensyen UUM, di sini.
Program anjuran Pusat Pembangunan Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan (PPKKG), UUM.