
KUALA LUMPUR, 14 Jun – Pasaran getah Malaysia dijangka kekal tidak menentu minggu depan, dengan kecenderungan susut sedikit berikutan ketidaktentuan global yang berterusan.
- Sentimen pasaran dipengaruhi oleh perkembangan di Asia Barat dan keadaan cuaca tidak menentu di kawasan pengeluar getah.
- Hujan lebat di beberapa kawasan, termasuk Thailand, mungkin menjejaskan aktiviti penorehan sehingga menekan pengeluaran dan produktiviti.
- Rancangan Pihak Berkuasa Getah Thailand untuk menjual stok simpanan boleh memberi tekanan tambahan kepada harga, pelabur juga berhati-hati susulan ketegangan AS dan Iran.
Pakar industri Denis Low berkata, sentimen pasaran dipengaruhi perkembangan di Asia Barat, selain keadaan cuaca tidak menentu di kawasan utama pengeluaran getah.
Hujan lebat di beberapa kawasan pengeluaran, termasuk Thailand, berkemungkinan menjejaskan aktiviti penorehan susu getah, sekali gus memberi tekanan kepada pengeluaran dan produktiviti.
Selain itu, laporan mengenai rancangan Pihak Berkuasa Getah Thailand untuk menjual sejumlah besar stok simpanan getah turut boleh memberi sedikit tekanan kepada harga.
Pelabur dijangka terus berhati-hati susulan ketegangan Amerika Syarikat-Iran, walaupun harapan terhadap kemungkinan perjanjian damai memberi sedikit sokongan kepada keyakinan pasaran.
Berdasarkan perbandingan Jumaat ke Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) susut 8.5 sen kepada 928.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal meningkat 19.0 sen kepada 781.00 sen sekilogram.