
KUALA LUMPUR, 14 Jun – Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan bercampur dengan kecenderungan menaik minggu depan.
RINGKASAN BERITA AI
- Harga dijangka bergerak antara RM4,200 hingga RM4,300 satu tan.
- Paras itu masih menarik minat pembeli utama dari India, China, Pakistan, Asia Barat, EU dan AS.
- Stok minyak sawit Malaysia berada pada paras kukuh, menyokong bekalan domestik.
- Harga boleh meningkat ke RM4,400 hingga RM4,550 disokong kebimbangan prospek pengeluaran lebih lemah.
Pemain industri menjangkakan, harga MSM dijangka bergerak antara 4,200 hingga 4,300 ringgit satu tan.
Paras harga itu dilihat masih mampu menarik minat pembeli utama dari India, China, Pakistan, Asia Barat, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat, walaupun stok minyak sawit Malaysia berada pada paras kukuh.
Sementara itu, harga dijangka bergerak lebih tinggi, antara 4,400 hingga 4,550 ringgit satu tan, disokong kebimbangan terhadap prospek pengeluaran yang lebih lemah.