Wanita maut dirempuh kenderaan ketika melintas jalan

FOTO RTM

MIRI, 13 Jun – Seorang pejalan kaki wanita tempatan berusia 33 tahun maut selepas dirempuh sebuah kenderaan dalam insiden jalan raya di Jalan Pan Borneo berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sekaloh, Niah, di sini, kira-kira pukul 6.00 pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kenderaan terlibat belum dikenal pasti; pemandu dipercayai telah meninggalkan lokasi kejadian.
  • Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh Penolong Pegawai Perubatan pada kira-kira jam 8.04 pagi.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
  • Orang ramai diminta menghubungi Inspektor Mohd Faizal di 012-818 6509 atau 085-430 479 jika mempunyai maklumat.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kenderaan yang terlibat masih belum dikenal pasti kerana pemandunya dipercayai telah meninggalkan lokasi kejadian selepas insiden tersebut berlaku.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada kira-kira pukul 8.04 pagi oleh Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Batu Niah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Faizal bin Moktar di talian 012-818 6509 atau 085-430 479, atau mana-mana balai polis berhampiran.

Dalam pada itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan mengamalkan pemanduan berhemat bagi mengelakkan kejadian yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.