Israel makin agresif laksana pembersihan etnik terhadap komuniti Palestin

Setiausaha Agung Amnesty International, Agnes Callamard. / Foto AFP

BERLIN, 11 Jun – Israel didakwa sedang melaksana pembersihan etnik yang semakin agresif terhadap komuniti Palestin di Tebing Barat, menurut pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa, Amnesty International.

RINGKASAN BERITA AI
  • Komuniti Palestin di Tebing Barat berdepan peningkatan serangan daripada penceroboh Israel, menyebabkan tekanan dan ketidakstabilan.
  • Keluarga Palestin dipisahkan daripada tanah warisan, hilang akses padang ragut dan terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.
  • Amnesty International membentangkan laporan mengenai perpindahan paksa penduduk Palestin di Tebing Barat.
  • Setiausaha Agung Agnes Callamard gesa masyarakat antarabangsa hentikan sokongan ekonomi, diplomatik dan politik atau undang-undang antarabangsa terus dilanggar.

Setiausaha Agungnya, Agnes Callamard mendedahkan, komuniti berkenaan berdepan pelbagai tekanan susulan peningkatan serangan daripada penceroboh Israel.

“Mereka dipisahkan daripada tanah warisan, kehilangan akses kepada kawasan padang ragut bagi ternakan dan hidup dalam ketakutan sehingga terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing,” katanya.

Beliau menyatakannya ketika membentangkan laporan Amnesty International berhubung perpindahan paksa penduduk Palestin di Tebing Barat susulan konflik berterusan di wilayah berkenaan.

Callamard menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan lebih tegas terhadap rejim Zionis termasuk menghentikan sokongan ekonomi, diplomatik dan politik.

“Kegagalan untuk bertindak akan mengakibatkan pencerobohan haram dan pembersihan etnik berterusan.

“Jangan biarkan Israel terus melanggar undang-undang antarabangsa,” tegasnya. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.