
TOKYO, 11 Jun – Malaysia terus mendapat keyakinan pelabur Jepun apabila kebanyakan syarikat dari negara itu menyatakan hasrat untuk meneruskan pelaburan di negara ini.
- Syarikat Jepun mengakui Malaysia mempunyai potensi besar dalam pelbagai sektor strategik.
- Keupayaan Malaysia membekalkan gas asli cecair (LNG) menarik perhatian pelabur Jepun.
- Datuk Seri Johari menyertai lawatan rasmi Perdana Menteri ke Jepun.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, mereka mengakui Malaysia memiliki potensi besar dalam pelbagai sektor strategik.
“Dalam perjumpaan dengan para pemain industri di Jepun ini, saya rasa hampir kesemua mereka berminat untuk teruskan pelaburan di Malaysia,” katanya kepada wartawan Malaysia pada sidang media di sini pada Rabu.
Tambahnya, keupayaan Malaysia membekalkan gas asli cecair (LNG) merupakan antara aspek yang mendapat perhatian syarikat-syarikat Jepun.
Datuk Seri Johari berada di sini bagi menyertai lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jepun selama tiga hari bermula Isnin.