IBM pilih Malaysia untuk pengembangan inisiatif teknologi kuantum – PM

Foto FB

TOKYO, 11 Jun – Syarikat teknologi terkemuka dunia, IBM Corporation memilih Malaysia sebagai lokasi bagi pengembangan inisiatif teknologi kuantum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pembukaan ruang kepada pembangunan ekosistem teknologi berimpak tinggi di negara ini.
  • Kerajaan akan mengadakan perbincangan mengenai keperluan menubuhkan Majlis Kuantum Negara.
  • Usulan akan dibawa ke Jemaah Menteri selepas diteliti oleh kementerian berkaitan.
  • Malaysia mengutamakan pelaburan berkualiti tinggi dan tumpu kepada sektor berteknologi tinggi dalam hubungan ekonomi dua hala.

Keputusan itu membuka ruang kepada pembangunan ekosistem teknologi berimpak tinggi di negara ini.

Susulan itu, katanya, kerajaan akan mengadakan perbincangan mengenai keperluan menubuhkan Majlis Kuantum Negara.

“Kita akan bawa perkara itu kepada Jemaah Menteri setelah diteliti oleh kementerian berkaitan,” katanya.

Beliau menyatakannya kepada wartawan Malaysia pada sidang media penutup lawatan rasmi tiga harinya ke Jepun pada Rabu.

IBM merupakan antara syarikat peneraju dunia dalam bidang pengkomputeran kuantum yang beribu pejabat di Amerika Syarikat dan beroperasi di lebih 175 negara.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar memaklumkan, Malaysia lebih cenderung menarik pelaburan berkualiti tinggi berbanding menerima semua bentuk pelaburan tanpa penilaian strategik.

Pendekatan itu digunakan dalam usaha memperkukuh hubungan ekonomi dua hala antara Kuala Lumpur dengan Tokyo apabila fokus diberi kepada sektor berteknologi tinggi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.