Latihan ketenteraan Jepun pamer kekuatan senjata berhampiran Gunung Fuji

Foto REUTERS

TOKYO, 8 Jun – Pasukan Pertahanan Diri Jepun (JSDF) mempamerkan kekuatan ketenteraan menerusi latihan tembakan langsung terbesar negara itu yang berlangsung berhampiran Gunung Fuji, pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Latihan melibatkan kira-kira 3,000 anggota dan hampir 70 tan peluru.
  • Menteri Pertahanan Shinjiro Koizumi hadir menyaksikan demonstrasi pelbagai aset ketenteraan dan persenjataan terkini.
  • Tumpuan kepada sistem peluru berpandu hipersonik baharu Type 25 Hyper Velocity Gliding Projectile untuk pertahanan pulau terpencil.
  • Semakan peraturan eksport April buka peluang jualan kapal perang, peluru berpandu dan peralatan pertahanan luar negara.

Latihan tahunan dikenali sebagai ‘Fuji Comprehensive Firepower Exercise’ itu disertai kira-kira 3,000 anggota tentera dan melibatkan penggunaan hampir 70 tan peluru, menurut laporan media tempatan.

Menteri Pertahanan Jepun, Shinjiro Koizumi, turut hadir menyaksikan demonstrasi berkenaan yang menampilkan pelbagai aset ketenteraan termasuk sistem persenjataan terkini.

Antara tumpuan utama latihan kali ini ialah penglibatan sistem peluru berpandu hipersonik baharu, ‘Type 25 Hyper Velocity Gliding Projectile’, yang dibangunkan bagi memperkukuh pertahanan pulau-pulau terpencil negara itu.

Kementerian Pertahanan Jepun memaklumkan sistem tersebut direka khusus untuk meningkatkan keupayaan respons terhadap ancaman keselamatan di kawasan strategik.

Dalam perkembangan berkaitan, Jepun pada April lalu telah menyemak semula peraturan eksport senjata, sekali gus membuka laluan kepada penjualan kapal perang, peluru berpandu dan peralatan pertahanan lain ke luar negara.

Langkah itu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha Tokyo memperkukuh industri pertahanan serta memperluas peranan dalam keselamatan serantau.-REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.