Program ‘TOT MPOB 2026’ tawar lebih 300 teknologi sedia dikomersialkan

Foto FB MPOB

BANGI, 5 Jun – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menawarkan lebih 300 teknologi dan inovasi berasaskan sawit yang sedia dikomersialkan kepada usahawan serta pemain industri menerusi Program Pemindahan Teknologi Sawit (TOT) MPOB 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program sebahagian usaha memperkasa usahawan PMKS dan meningkatkan pengkomersialan teknologi tempatan dalam industri sawit.
  • MPOB kata usahawan boleh akses teknologi terkini, tingkatkan pendapatan dan teroka pasaran antarabangsa.
  • Pengkomersialan teknologi MPOB jana potensi pasaran bernilai lebih RM6.2 bilion dan libatkan lebih 1.2 juta usahawan PMKS.
  • Tarikan utama termasuk pameran teknologi, sesi padanan perniagaan, demonstrasi teknologi, konsultasi pencipta serta peluang pembiayaan dan pembangunan usahawan.

Program yang akan berlangsung pada 30 Jun ini di Ibu Pejabat MPOB itu merupakan sebahagian usaha memperkasa usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta meningkatkan pengkomersialan teknologi tempatan dalam industri sawit.

Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr .Ahmad Parvez Gulam Kadir berkata, usahawan bukan sahaja berpeluang mengakses teknologi terkini dan produk inovatif, malah berpotensi menjana pendapatan lebih tinggi serta meneroka pasaran antarabangsa.

“Sehingga kini, pengkomersialan pelbagai teknologi hasil kajian MPOB dalam rantaian industri berjaya menjana potensi pasaran bernilai lebih RM6.2 bilion dengan penglibatan lebih 1.2 juta usahawan PMKS,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, antara tarikan utama TOT MPOB 2026 ialah pameran teknologi dan produk inovasi sawit, sesi padanan perniagaan, demonstrasi teknologi, konsultasi bersama pencipta teknologi serta peluang pembiayaan dan pembangunan usahawan.

Dapatkan maklumat lanjut menerusi laman sesawang rasmi MPOB.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.