Sektor teknologi tinggi buka peluang kerjasama strategik Jepun-Malaysia

Malaysia mempunyai keserasian nasional yang kukuh, sekali gus mewujudkan peluang inovasi

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Potensi besar Malaysia dalam sektor berteknologi tinggi, membuka lebih banyak peluang kerjasama strategik bersama Jepun.

RINGKASAN BERITA AI
  • Potensi sektor berteknologi tinggi Malaysia membuka peluang kerjasama strategik dengan Jepun.
  • Jepun memperkukuh strategi pertumbuhan ekonomi dengan tumpuan kepada sektor berimpak tinggi.
  • Lawatan kerja Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Jepun dijangka membuka lembaran baharu kerjasama kedua negara.
  • Hubungan hampir tujuh dekad memasuki fasa baharu berasaskan perkongsian ilmu, bakat dan pengalaman.

Duta Besar Jepun ke Malaysia, Noriyuki Shikata berkata, negara matahari terbit itu, kini sedang memperkukuh strategi pertumbuhan ekonomi dengan tumpuan terarah kepada sektor berimpak tinggi.

“Malaysia mempunyai keserasian nasional yang kukuh dan menarik syarikat Jepun melabur dalam sektor berkenaan, sekaligus mewujudkan peluang inovasi kedua-dua negara,”katanya dalam Ucaptama pada Forum Perundangan dan Perniagaan Malaysia-Jepun 2026.

Shikata turut optimis Lawatan Kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jepun yang dijadual pada 8 hingga 10 Jun ini, bakal membuka lembaran baharu dalam kerjasama kedua-dua negara.

“Hubungan erat kedua negara yang telah terjalin hampir 7 dekad kini memasuki fasa baharu, berlandaskan perkongsian ilmu, bakat serta pengalaman,”jelasnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.