Perodua perkenal UCar-e di tiga universiti tempatan

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Perodua menjalinkan kerjasama dengan tiga universiti tempatan bagi memperkenalkan perkhidmatan sewa kenderaan di kampus menerusi aplikasi UCar-e.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sebanyak 50 unit kenderaan Perodua disediakan pada peringkat awal untuk kegunaan di universiti terlibat.
  • Pengguna boleh tempah, akses kenderaan dan kesan lokasi parkir menerusi aplikasi UCar-e sebelum memulangkan semula.
  • Universiti melantik pelajar sebagai ejen pengurusan kenderaan, memberi peluang keusahawanan dan pendedahan ekosistem mobiliti.

Kerjasama itu melibatkan Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia menerusi Malaysia-Japan International Institute of Technology.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, inisiatif di bawah konsep ‘Mobility as a Lifestyle’ itu bertujuan menawarkan penyelesaian mobiliti yang lebih mudah kepada pelajar dan kakitangan universiti.

Menurut beliau, sebanyak 50 unit kenderaan Perodua disediakan pada peringkat awal untuk kegunaan di universiti terlibat.

Katanya, pengguna boleh membuat tempahan, mengakses kenderaan serta mengesan lokasi parkir yang ditetapkan menerusi aplikasi UCar-e sebelum memulangkan semula kenderaan selepas digunakan.

Syarikat kenderaan ini turut bekerjasama dengan wakil universiti untuk melantik pelajar sebagai ejen pengurusan kenderaan.

Pendekatan ini bagi memberi peluang kepada pelajar mengasah bakat keusahawanan, selain mendapat pendedahan dalam ekosistem mobiliti.

Dengan inisiatif ini, syarikat ini berharap ia mampu menjadi alternatif mobiliti kepada golongan muda yang semakin cenderung kepada penyelesaian berasaskan perkhidmatan berbanding pemilikan kenderaan sendiri.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.