PRN Johor diadakan tepat pada waktu – Mohamed Khaled

FOTO RTM

KOTA TINGGI, 2 Jun – Keputusan menjalankan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor, dilihat langkah tepat, kerana tiada tempoh sempurna, untuk mengembalikan mandat kepada rakyat, susulan kalendar tahunan negeri yang sentiasa padat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jadual PRN perlu mengambil kira kekangan cuaca dan musim perayaan yang panjang.
  • Monsun dan risiko banjir dijangka pada November hingga Januari, khususnya di Kota Tinggi.
  • Februari dan Mac bertembung dengan sambutan hari raya yang biasanya panjang di Johor.
  • PRN Johor tidak menjejaskan hubungan kerjasama antara parti komponen Kerajaan Perpaduan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jadual PRN perlu mengambil kira kekangan cuaca serta musim perayaan yang panjang.

“Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum berakhirnya tahun ini.

“Menjelang November, Disember dan Januari, kita (di Johor) bakal berdepan musim monsun dan banjir, khususnya di kawasan seperti Kota Tinggi.

“Seterusnya, Februari dan Mac pula bertembung dengan sambutan hari raya. Di Johor, musim perayaan ini biasanya berlangsung agak panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyantuni pemandu kereta sewa dan teksi di sini.

Beliau turut memberitahu, PRN Johor tidak menjejaskan hubungan kerjasama utuh antara parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.