Terima kasih warga TUDM, benteng pertahanan udara negara

Foto Facebook Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersempena dengan sambutan Hari Ulang Tahun TUDM ke-68 hari ini, sama ada yang sedang berkhidmat mahupun para veteran yang telah mencurahkan bakti kepada negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • TUDM kekal benteng utama pertahanan ruang udara, memastikan kedaulatan negara terpelihara dalam keadaan keselamatan mencabar.
  • Peranan TUDM penting dalam bantuan rakyat termasuk pengurusan bencana dan Operasi Pembenihan Awan.
  • Profesionalisme, kepantasan dan komitmen semua anggota dari juruterbang hingga sokongan darat menjamin kejayaan misi dan keyakinan rakyat.

Beliau menerusi hantaran Facebook menegaskan selama 68 tahun, TUDM berdiri sebagai benteng utama pertahanan ruang udara negara, memastikan kedaulatan tanah air terus terpelihara dalam suasana keselamatan yang semakin mencabar dan kompleks.

“Di sebalik kekuatan pertahanan negara, saya juga amat menghargai peranan TUDM yang sentiasa tampil membantu rakyat dalam pelbagai situasi. Dalam urusan pengurusan bencana dan Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang saya sendiri ikuti.

“Profesionalisme, kepantasan tindakan serta komitmen warga TUDM sentiasa memberikan keyakinan bahawa negara memiliki pasukan yang sentiasa bersedia berkhidmat demi rakyat,” menurut hantaran itu.

Tidak terkecuali khidmat juruterbang, kru udara, jurutera, juruteknik hinggalah anggota sokongan di darat, setiap daripada mereka memainkan peranan penting dalam memastikan setiap misi dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan selamat.

“Saya mendoakan semoga TUDM terus melakar kejayaan dan terus menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Kuasa Udara, Perisai Negara,” tambah hantaran itu.

Hari TUDM disambut pada 1 Jun setiap tahun bagi memperingati penubuhannya sebagai pasukan pertahanan ruang udara negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.