Lima terbunuh dalam letupan loji senjata di Korea Selatan

Letupan dipercayai berlaku semasa proses pembersihan yang melibatkan pengeluaran propelan roket. Foto/Reuters

SEOUL, 1 JUN – Satu letupan di sebuah loji yang dikendalikan firma pertahanan Korea Selatan Hanwha, Aerospace mengorbankan lima orang pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Letupan di loji Hanwha Aerospace di Daejeon dilaporkan pukul 11:00 pagi.
  • Lima orang terbunuh dan dua lagi cedera, menurut jurucakap Ibu Pejabat Bomba Daejeon.
  • Hanwha Aerospace ialah pengeluar pertahanan utama, menghasilkan senjata, sistem artileri dan komponen aeroangkasa.
  • Ketua Pegawai Eksekutif berkata syarikat akan bertanggungjawab sepenuhnya dan menyemak sistem keselamatan.

Letupan telah dilaporkan kepada pihak berkuasa pada pukul 11:00 pagi waktu tempatan di kilang Hanwha di Daejeon, kira-kira 150 kilometer dari selatan Seoul.

Jurucakap Ibu Pejabat Bomba Daejeon mengesahkan lima orang terbunuh dan dua lagi cedera, tanpa memberikan butiran lanjut.

Hanwha Aerospace ialah pengeluar pertahanan utama Korea Selatan yang menghasilkan senjata, sistem artileri dan komponen aeroangkasa.

Firma berkenaan turut memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan, termasuk teknologi senjata canggih dan sistem berkaitan angkasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Hanwha Aerospace Son Jae-il berkata, letupan dipercayai berlaku semasa proses pembersihan yang melibatkan pengeluaran propelan roket.

“Semasa proses ini, bahan letupan boleh berlaku.Terdapat prosedur untuk mengeluarkan dan membersihkan sisa tersebut. Disyaki kemalangan itu berlaku semasa peringkat proses ini.

“Kami akan bertanggungjawab sepenuhnya selain akan mengkaji dan membetulkan sistem keselamatan syarikat untuk memastikan kejadian seperti ini tidak berulang,” katanya.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.