Israel umum serangan baharu di Lubnan

Israel umum akan melancarkan serangan baharu di di pinggir selatan Beirut yang didakwa kubu kuat Hizbullah. Foto/AFP

BEIRUT, 1 JUN – Tentera Israel mengesahkan akan terus melancarkan serangan di pinggir selatan Beirut yang didakwa kubu kuat Hizbullah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan akan dilaksanakan atas arahan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Israel.
  • Majlis Keselamatan PBB dijangka mengadakan mesyuarat tergempar mengenai perluasan operasi Israel di Lubnan.
  • Langkah yang melanggar gencatan senjata berisiko melanjutkan konflik; Iran sedang berunding dengan AS, menuntut gencatan senjata di Lubnan.

Serangan akan dilaksanakan atas arahan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan negara haram itu.

Serentak dengan amaran berkenaan, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dijangka mengadakan mesyuarat tergempar hari itu mengenai perluasan operasi Israel di Lubnan.

Tindakan Israel yang melanggar perjanjian gencatan senjata bakal menyaksikan konflik di Asia Barat berpanjangan.

Terdahulu, Iran dilapor sedang berunding untuk menamatkan konflik dengan Amerika Syarikat, dengan gencatan senjata di Lubnan kekal sebagai syarat utama bagi sebarang perjanjian damai. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.