Kemalangan lima kenderaan, empat maut termasuk seorang kanak-kanak

Foto JBPM Johor

KLUANG, 1 Jun- Empat individu termasuk seorang kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Simpang Renggam-Kluang, Johor, tengahari tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa maut dikenalpasti: Mohd Aiman Mohd Rashid 36, Norazlina Abdul Latif 33, Semek Mat Jusoh 73, Nur Airish Syifa Sidek 10.
  • Mangsa berada dalam kenderaan sama, salah seorang tercampak keluar.
  • Pasukan Keluaran Operasi mengeluarkan mangsa terperangkap; tujuh lagi dari empat kenderaan lain cedera.

Mangsa yang maut dikenalpasti sebagai Mohd Aiman Mohd Rashid, 36 tahun, Norazlina Abdul Latif, 33, Semek Mat Jusoh, 73 dan Nur Airish Syifa Sidek, 10 tahun.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Renggam, Ismail Mamat memaklumkan, keempat-empat mangsa berada di dalam kenderaan sama, dengan salah seorang mangsa tercampak keluar.

Foto JBPM Johor

Masing-masing disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mangsa yang terperangkap di dalam kenderaan, dikeluarkan Pasukan Keluaran
Operasi yang tiba di lokasi.

Kemalangan turut menyebabkan tujuh lagi mangsa dari empat kenderaan lain,
cedera.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.