
AMERIKA SYARIKAT, 1 Jun – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu, (UNSC) akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Isnin susulan konflik yang semakin memuncak di selatan Lubnan.
RINGKASAN BERITA AI
- Mesyuarat diminta Perancis selepas Israel memperluas operasi ketenteraan, termasuk menawan Istana Beaufort di selatan Lubnan.
- Sidang berkenaan dijadual sejurus selepas mesyuarat tergempar mengenai insiden dron Rusia yang terhempas di Romania.
- Konflik di selatan Lubnan terus meruncing apabila serangan Israel diteruskan meskipun gencatan senjata masih berkuatkuasa.
- Situasi menimbulkan kebimbangan antarabangsa terhadap risiko perang lebih besar di rantau Asia Barat.
Menurut sumber diplomatik, mesyuarat itu diminta Perancis selepas tentera Israel memperluaskan operasi ketenteraan termasuk menawan Istana Beaufort di selatan Lubnan.
Sidang berkenaan dijadual berlangsung sejurus selepas mesyuarat tergempar berkaitan insiden dron Russia yang terhempas di Romania.
Konflik di selatan Lubnan terus meruncing apabila serangan tentera Israel diteruskan meskipun gencatan senjata masih berkuat kuasa.
Situasi itu turut meningkatkan kebimbangan masyarakat antarabangsa terhadap risiko perang lebih besar di rantau Asia Barat. – AFP