
QLAYYA, Lubnan, 1 Jun – Tentera Israel menawan Istana Beaufort yang berusia lebih 900 tahun di selatan Lubnan ketika konflik dengan Hizbullah terus memuncak meskipun gencatan senjata masih berkuat kuasa.
- Hizbullah melancarkan serangan ke atas kedudukan tentera Israel di Shlomi dan Nahariya; siren amaran serangan udara berbunyi di beberapa kawasan.
- Majlis Keselamatan PBB dijadual mengadakan mesyuarat tergempar atas permintaan Perancis bagi membincangkan peningkatan keganasan di Lubnan.
- Serangan udara Israel berhampiran hospital di Tyre mencederakan 13 petugas perubatan dan puluhan serangan lain dilaporkan di selatan Lubnan.
Benjamin Netanyahu menyifatkan penguasaan kubu bersejarah itu sebagai perubahan besar dalam operasi ketenteraan Israel terhadap Hizbullah.
Dalam perkembangan sama, Hizbullah melancarkan serangan ke atas kedudukan tentera Israel di Shlomi dan Nahariya di utara Israel ketika siren amaran serangan udara dibunyikan di beberapa kawasan.
Susulan peningkatan konflik itu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu, (UNSC) dijadual mengadakan mesyuarat tergempar pada Isnin bagi membincangkan situasi di Lubnan.
Mesyuarat itu diminta Perancis, dengan Presiden Emmanuel Macron menggesa pertempuran dihentikan sepenuhnya selain menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan serangan di selatan Lubnan.
Sementara itu, serangan udara Israel berhampiran sebuah hospital di Tyre dilaporkan mencederakan 13 petugas perubatan ketika puluhan lagi serangan dilancarkan di beberapa kawasan selatan Lubnan. – AFP