Aktivis guna pentas Piala Dunia dedah kes orang hilang

FOTO REUTERS

MEXICO CITY, 31 Mei Sekumpulan aktivis dan ahli keluarga mangsa yang hilang berhimpun berhampiran Stadium Azteca di sini pada Sabtu bagi meningkatkan kesedaran terhadap kes kehilangan individu di Mexico menjelang Piala Dunia FIFA 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Aktivis menampal poster, sepanduk dan gambar mangsa hilang sebagai simbol tuntutan keadilan dan pencarian berterusan.
  • Perhimpunan dianjurkan oleh aktivis dan keluarga mangsa seluruh negara dengan slogan menuntut jawapan mengenai mangsa hilang.
  • Gabriela Villarruel meminta pihak berkuasa tidak menanggalkan poster dan bahan kempen yang dipasang.
  • Data rasmi kerajaan: 133,960 individu dilaporkan hilang, kebanyakannya dikaitkan dengan keganasan kartel dadah.

Mereka menampal poster, sepanduk dan gambar ahli keluarga yang masih hilang di tiang, jambatan serta dinding sekitar stadium sebagai simbol tuntutan keadilan dan usaha pencarian yang berterusan.

Perhimpunan itu dianjurkan pelbagai kumpulan aktivis dan keluarga mangsa dari seluruh negara dengan slogan, “Bola sepak kembali ke tanah air, tetapi bilakah insan tersayang yang hilang akan kembali?”.

Seorang aktivis, Gabriela Villarruel, menggesa pihak berkuasa Mexico City supaya tidak menanggalkan poster dan bahan kempen yang dipasang, seperti yang didakwa pernah berlaku sebelum ini.

Aktivis berkenaan memaklumkan mereka akan memanfaatkan perhatian dunia terhadap kejohanan itu bagi mengetengahkan kes kehilangan individu yang masih membelenggu negara tersebut.

Menurut data rasmi kerajaan Mexico, seramai 133,960 individu dilaporkan hilang setakat ini; sebahagian besarnya dikaitkan dengan keganasan kartel dadah yang berlarutan sejak beberapa dekad lalu. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.