
GENEVA, 29 Mei – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan terdapat 906 kes dipercayai Ebola di Republik Demokratik Congo (DRC), termasuk 223 disyaki kematian yang masih dalam siasatan.
- Wabak Ebola jenis Bundibugyo masih berterusan di DRC, dan kes turut dikesan di Uganda.
- DRC merekodkan 125 kes disahkan dan 17 kematian di wilayah Ituri, North Kivu dan South Kivu.
- Tiada vaksin atau rawatan khusus diluluskan untuk Ebola daripada strain Bundibugyo.
Menurut WHO, wabak Ebola daripada strain bundibugyo masih berterusan di negara berkenaan, dengan kes turut dikesan di Uganda.
Menurut agensi itu, sebanyak 125 kes Ebola telah disahkan di DRC, termasuk 17 kematian yang direkodkan di wilayah Ituri, North Kivu dan South Kivu.
Di Uganda pula, tujuh kes disahkan setakat ini, termasuk tiga kes import dari Republik Demokratik Congo serta satu kematian. Bagaimanapun, tiada penularan dalam komuniti dilaporkan.
WHO turut memaklumkan masih belum terdapat vaksin atau rawatan khusus yang diluluskan bagi penyakit Ebola jenis Bundibugyo. -REUTERS