Hampiri rekod kebangsaan, Azeem Fahmi catat 10.13 saat di NCAA

Pelari pecut negara, Pelari pecut negara, Muhd Azeem Fahmi / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Pelari pecut negara, Azeem Fahmi terus membuktikan statusnya sebagai antara atlet terpantas negara apabila mencatat masa 10.13 saat (s) dalam acara 100 meter (m) pada Kejohanan NCAA Track & Field East Regional di Amerika Syarikat, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Catatan menjadi rekod terbaik musim dan menguatkan keyakinan Azeem yang semakin hampir mencabar rekod kebangsaan 10.09s.
  • Azeem menamatkan pusingan pertama di kedudukan ke-12 daripada 47 pelari dan melayakkan diri ke suku akhir.
  • Prestasi konsisten mewakili Universiti Auburn dengan beberapa catatan kompetitif; Danish Iftikhar dilihat sandaran utama negara.

Catatan itu bukan sahaja menjadi rekod terbaik musim (SB) buat Azeem, malah mengukuhkan lagi keyakinan bahawa pelari kelahiran Perak itu semakin hampir untuk kembali mencabar rekod kebangsaan miliknya sendiri.

Pada aksi pusingan pertama tersebut, Azeem menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-12 keseluruhan daripada 47 pelari sekali gus mengesahkan tempat ke saingan suku akhir yang dijadual berlangsung Sabtu ini.

Prestasi dipamerkan atlet berusia 22 tahun itu juga dilihat semakin konsisten musim ini ketika mewakili Universiti Auburn dengan beberapa catatan kompetitif berjaya direkodkan sepanjang saingan NCAA.

Berdasarkan peningkatan semasa, Azeem kini semakin hampir untuk menyamai atau memadam rekod kebangsaan 10.09s yang dilakukannya pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia pada 2022.

Selain Azeem, seorang lagi pelari muda negara, Danish Iftikhar Muhammad Roslee turut dilihat sebagai sandaran utama Malaysia dalam acara 100m menjelang beberapa kejohanan besar termasuk Sukan Asia Aichi-Nagoya September depan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.