Empat maut dalam nahas bas sekolah-kereta api di Belgium

Foto AFP

BRUSSELS, 26 Mei – Beberapa orang maut selepas sebuah bas sekolah bertembung dengan kereta api di bandar Buggenhout, Belgium pada Selasa, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

RINGKASAN BERITA AI
  • Dua remaja, pemandu bas dan seorang dewasa maut; dua penumpang cedera parah.
  • Punca kemalangan masih tidak diketahui.
  • Lintasan kereta api ditutup semasa kejadian menurut syarikat infrastruktur Infrabel.
  • Rakaman pengawasan tunjuk lampu merah dan penghadang turun; pemandu kereta api guna brek kecemasan namun perlanggaran tidak dapat dielakkan.

Dua remaja, pemandu bas dan seorang dewasa meninggal dunia, manakala dua penumpang cedera parah, kata Menteri Pengangkutan Belgium Jean-Luc Crucke kepada RTL Info.

Punca kemalangan, yang berlaku kira-kira 20 kilometer ke utara Brussels, tidak diketahui.

Menurut syarikat infrastruktur kereta api Infrabel, lintasan kereta api telah ditutup ketika kemalangan berlaku.

“Rakaman pengawasan menunjukkan lampu isyarat merah, dan penghadang berada di bawah. Pemandu kereta api juga menekan brek kecemasan, namun perlanggaran tidak dapat dielakkan,” kata jurucakap Infrabel Thomas Baeken yang dipetik oleh agensi berita Belga.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.