Thailand wajibkan kuarantin 21 hari bagi ketibaan dari Dr Congo, Uganda

Foto BERNAMA

BANGKOK, 26 Mei – Thailand mengetatkan pertahanannya terhadap Ebola, mengenakan kuarantin mandatori 21 hari untuk semua pelancong yang tiba dari Republik Demokratik Congo dan Uganda, menurut Kementerian Kesihatan Awam pada Selasa, lapor Xinhua.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengembara yang menunjukkan simptom akan diasingkan di hospital negeri yang ditetapkan untuk tempoh minimum yang ditentukan.
  • Semua ketibaan dari zon terjejas disalur melalui Lapangan Terbang Suvarnabhumi sebagai satu-satunya pintu masuk.
  • Pihak berkuasa akan menanggung kos kuarantin dan pengasingan bagi 72 jam pertama.

Di bawah peraturan baharu itu, pelancong dari atau transit melalui dua negara Afrika berkenaan yang tidak menunjukkan sebarang gejala akan dikehendaki menjalani kuarantin di kemudahan yang ditetapkan selama sekurang-kurangnya 21 hari, kata Somruk Jungsaman, setiausaha tetap kementerian itu.

Mereka yang menunjukkan simptom yang konsisten dengan penyakit virus Ebola akan diasingkan di hospital negeri yang ditetapkan untuk sekurang-kurangnya tempoh yang sama, kata Somruk dalam satu kenyataan.

Semua ketibaan terbabit akan disalurkan melalui Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok, satu-satunya pintu masuk yang dibenarkan untuk pelancong dari zon terjejas, katanya, sambil menambah pihak berkuasa Thailand akan menanggung kos kuarantin dan pengasingan untuk 72 jam pertama.

Langkah-langkah itu berikutan pengisytiharan Pertubuhan Kesihatan Sedunia baru-baru ini mengenai wabak strain Ebola sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan antarabangsa.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.