Presiden Bolivia potong 50% gajinya dan kabinet 

Presiden Bolivia, Rodrigo Paz/ REUTERS

LA PAZ, 26 Mei -Presiden Bolivia, Rodrigo Paz, mengumumkan pada Isnin beliau akan memotong 50 peratus gajinya serta anggota kabinetnya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Presiden kata langkah itu simbol tanggungjawab kerajaan untuk atasi tekanan ekonomi dan ketidakstabilan semasa.
  • Bolivia masuk minggu keempat ketegangan politik dan sosial dengan protes serta sekatan jalan raya berterusan.
  • Protes menyebabkan gangguan rantaian bekalan di La Paz dan El Alto, mengakibatkan kekurangan makanan, bahan api dan ubat.
  • Penunjuk perasaan mendesak kerajaan tarik balik langkah penjimatan dan tangani peningkatan kos sara hidup.

Dalam satu acara di Sucre, beliau berkata, langkah itu diambil sebagai simbol tanggungjawab kerajaan dalam menangani tekanan ekonomi dan ketidakstabilan semasa.

Langkah tersebut dibuat ketika Bolivia memasuki minggu keempat ketegangan politik dan sosial, dengan protes serta sekatan jalan raya berterusan di beberapa kawasan utama.

Protes berkenaan menyebabkan gangguan rantaian bekalan serius di bandar La Paz dan El Alto, dengan kekurangan makanan, bahan api serta ubat-ubatan yang menjejaskan pasar, hospital dan stesen minyak.

Para penunjuk perasaan mendesak kerajaan pimpinan Paz supaya menarik balik langkah penjimatan serta menangani peningkatan kos sara hidup. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.