Pelaksanaan B15 pada 1 Jun tidak jejas eksport minyak sawit negara

Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad ketika menyampaikan ucapan pada Sesi Taklimat Media Pelaksanaan Biodiesel B15 di Putrajaya, hari ini. FB Kementerian Perladangan dan Komoditi

KUALA LUMPUR, 25 MEI – Pelaksanaan adunan biodiesel B15 bermula 1 Jun depan adalah langkah strategik memperkukuh keselamatan tenaga negara tanpa menjejaskan eksport minyak sawit berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • B15 mengurangkan kebergantungan kepada diesel fosil import dan menggalakkan penggunaan tenaga alternatif yang lebih mampan
  • Pelaksanaan dilakukan secara terancang dengan libat urus pihak petroleum, agensi dan mengambil kira rantaian bekalan, logistik serta infrastruktur
  • B20 diuji melalui kajian dan projek rintis; bekalan di nozel biru kekal B7, B15 disediakan secara berperingkat di nozel hitam

Menurut Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mandat baharu itu bertujuan mengurangkan kebergantungan negara terhadap diesel fosil import di samping menggalakkan penggunaan sumber tenaga alternatif yang lebih mampan dan mesra alam.

”Melalui pelaksanaan B15, penggunaan biodiesel sawit dalam sektor pengangkutan dijangka dapat membantu mengurangkan pelepasan karbon, memperkukuh penggunaan sumber domestik negara serta menyokong kestabilan industri sawit tempatan termasuk meningkatkan permintaan terhadap minyak sawit negara.

”Kerajaan turut memberi jaminan pelaksanaan B15 dilaksanakan secara terancang dengan mengambil kira kesiapsiagaan rantaian bekalan, logistik serta infrastruktur sedia ada melalui sesi libat urus bersama syarikat petroleum dan agensi berkaitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penggunaan biodiesel sehingga B20 juga telah melalui pelbagai kajian teknikal, ujian lapangan dan projek rintis yang dilaksanakan oleh Malaysian Palm Oil Board (MPOB) bersama pihak industri, universiti dan pemain automotif bagi memastikan tahap keselamatan serta kesesuaian penggunaannya terhadap enjin diesel.

Tambahnya, bekalan diesel di nozel biru akan kekal menggunakan B7, manakala pelaksanaan B15 akan melibatkan bekalan diesel di nozel hitam secara berperingkat mengikut kawasan yang telah ditetapkan.

”Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan terus bekerjasama rapat dengan semua kementerian, agensi berkaitan dan pemain industri bagi memastikan pelaksanaan B15 berjalan lancar serta memberi manfaat kepada rakyat, industri dan negara secara keseluruhan,” katanya lagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.