Mangsa lemas kedua di Sungai Paka ditemukan

Remaja berusia 14 tahun itu ditemukan terapung berdekatan sebuah jeti di Kuala Paka

DUNGUN, 25 Mei – Mayat kedua mangsa lemas di Sungai Paka, di sini ditemukan pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mayat kedua mangsa lemas di Sungai Paka ditemukan pagi tadi.
  • Mayat ditemukan oleh orang awam kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.
  • Mayat dibawa ke PKTK untuk pengecaman keluarga sebelum dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Dungun.
  • Operasi SAR bermula 7.00 pagi dengan 33 anggota JBPM, PDRM dan penduduk tempatan; operasi ditamatkan 10.30 pagi.

Jasad Muhammad Aidil Amsyar Mohd Zul-Zunaidi, 14 tahun ditemukan terapung berdekatan sebuah jeti di Kuala Paka kira-kira pukul 9.55 minit pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, DSP Jumaidy Bah Chong Weh ketika dihubungi mengesahkan mangsa ditemukan oleh orang awam pada jarak kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Mayat remaja itu kemudiannya dibawa ke Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) untuk proses pengecaman ahli keluarga, sebelum dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

Menurut DSP Jumaidy, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan pada pukul 7.00 pagi tadi melibatkan 33 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta penduduk setempat.

SAR ditamatkan sepenuhnya pada pukul 10.30 pagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.