
KUALA LUMPUR, 24 Mei – Kejayaan skuad regu berpasukan negara menjuarai Piala Dunia Sepak Takraw 2026 terus menerima pujian pelbagai pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan pencapaian itu sebagai sesuatu yang membanggakan buat negara.
- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuji dan mengucapkan tahniah kepada skuad atas pencapaian yang membanggakan.
- Skuad menewaskan musuh tradisi, Thailand, dalam perlawanan akhir dramatik yang mencetuskan kegembiraan penyokong.
- Beliau merakamkan penghargaan kepada barisan kejurulatihan, pegawai pasukan dan lebih 3,000 penyokong yang memberi semangat.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau mengucapkan tahniah kepada skuad negara selepas berjaya menewaskan musuh tradisi, Thailand dalam perlawanan akhir penuh dramatik di Stadium Titiwangsa, malam tadi.
Beliau berkata, kemenangan tersebut bukan diraih dengan mudah namun semangat juang tinggi dipamerkan pemain negara berjaya memastikan kejuaraan menjadi milik Malaysia.
“Lebih membanggakan, semangat luar biasa lebih 3,000 penyokong di Stadium Titiwangsa turut menjadi pembakar semangat buat pasukan negara sepanjang perlawanan berlangsung.
“Saya tahu ia bukan kemenangan yang mudah …Well done, boys!,” katanya.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk barisan kejurulatihan, pegawai pasukan dan penyokong yang memainkan peranan besar dalam memastikan kejayaan bersejarah itu menjadi kenyataan.