Korban serangan Israel di Lubnan lepasi 3,000 orang

FOTO REUTERS

LUBNAN, 24 MeiPihak berkuasa kesihatan Lubnan memaklumkan pada Sabtu bahawa jumlah kematian akibat serangan Israel sejak 2 Mac meningkat kepada 3,123 orang, manakala 9,506 lagi cedera.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan berhampiran Hospital Hiram di Tyre mencederakan 25 kakitangan dan menyebabkan kerosakan teruk.
  • Pusat operasi menyifatkan ini kali kedua hospital disasarkan, melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
  • Israel meningkatkan operasi ketenteraan di selatan Lubnan; 15 kawasan kediaman dan kem tentera di Nabatieh diserang, seorang askar cedera.
  • Iran mengecam serangan, menggesa tindakan antarabangsa segera dan menyatakan sokongan teguh kepada Lubnan.

Pusat Operasi Kecemasan Kesihatan Awam Lubnan berkata 25 kakitangan perubatan, kejururawatan dan pentadbiran di Hospital Hiram di daerah Tyre cedera selepas serangan Israel berhampiran fasiliti itu, yang turut menyebabkan kerosakan teruk.

Pusat berkenaan menyifatkan insiden itu sebagai kali kedua dalam tempoh kurang dua bulan hospital tersebut menjadi sasaran, dan menyifatkannya sebagai pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang melindungi fasiliti kesihatan.

Dalam perkembangan lain, Israel dilaporkan terus mempergiatkan operasi ketenteraan di selatan Lubnan.

Pada Sabtu, sekurang-kurangnya 15 kawasan kediaman turut menjadi sasaran serangan udara Israel, manakala sebuah kem tentera di Nabatieh diserang sehingga menyebabkan seorang askar Lubnan cedera.

Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Luar Iran mengecam keras serangan ketenteraan Israel dan menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan segera bagi menghentikan jenayah itu.

Iran turut menegaskan akan berdiri teguh bersama Lubnan.

Gencatan senjata selama 10 hari antara Israel dan Lubnan mula berkuat kuasa pada 17 April.

Namun begitu, Israel sehingga kini masih meneruskan serangan di Lubnan. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.