Cuba terima 15,000 tan beras sumbangan China

FOTO REUTERS

CUBA, 24 Mei – Cuba menerima 15,000 tan beras sumbangan China di Pelabuhan Havana pada Sabtu, sebagai sebahagian daripada bantuan lebih besar bagi memperkukuh bekalan makanan negara itu ketika berdepan cabaran ekonomi berterusan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bantuan bertujuan memperkukuh bekalan makanan negara ketika menghadapi cabaran ekonomi berterusan.
  • Penghantaran itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan 60,000 tan beras yang dihantar secara berperingkat.
  • China mula menghantar sumbangan sejak Januari dan kekal sekutu utama menyediakan sokongan ekonomi serta kemanusiaan.
  • Cuba berdepan krisis ekonomi terburuk beberapa dekad, sebahagiannya dikaitkan dengan sekatan Amerika Syarikat terhadap eksport bahan api.

Menurut kerajaan Cuba, penyerahan bantuan itu disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Oscar Perez Oliva-Fraga, bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Betsy Diaz Velazquez.

Penghantaran pertama itu merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan 60,000 tan beras yang akan dihantar secara berperingkat ke negara berkenaan.

Kerajaan Cuba memaklumkan bahawa China telah menghantar sumbangan beras sejak Januari lalu, dan negara itu kekal sebagai sekutu utama Havana dengan menyediakan sokongan ekonomi serta kemanusiaan.

Cuba kini berdepan krisis ekonomi terburuk dalam beberapa dekad, yang sebahagian besarnya dikaitkan dengan sekatan Amerika Syarikat terhadap eksport bahan api ke negara itu. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.