
GAZA, 23 Mei – Di Gaza, beberapa rakyat Palestin cedera selepas tentera Israel melancarkan serangan ke atas kem perlindungan Nuseirat dan Bureij di tengah Semenanjung Gaza, hari ini.
- Serangan menyasarkan kawasan penempatan, memusnahkan rumah awam dan mencetuskan panik di kalangan penduduk yang berlindung.
- Tentera Israel dilaporkan terus melancarkan serangan hampir setiap hari di beberapa kawasan Gaza.
- Serangan berlaku walaupun gencatan senjata masih berkuat kuasa sejak 10 Oktober tahun lalu.
- Perang berterusan telah meragut lebih 72,000 nyawa Palestin, majoriti wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan dan memusnahkan infrastruktur.
Serangan menyasarkan kawasan penempatan penduduk selain memusnahkan beberapa rumah awam dan mencetuskan panik dalam kalangan penduduk Palestin yang berlindung di kawasan terbabit.
Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Al-Awda di kem pelarian Nuseirat untuk menerima rawatan lanjut.
Serangan terbaharu itu berlaku walaupun gencatan senjata masih berkuat kuasa sejak 10 Oktober tahun lalu.
Namun tentera Israel dilaporkan terus melancarkan serangan hampir setiap hari di beberapa kawasan Gaza.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 883 rakyat Palestin terbunuh manakala lebih 2,648 lagi cedera sejak gencatan senjata diumumkan.
Perang Israel di Gaza yang berlanjutan lebih dua tahun itu telah meragut lebih 72,000 nyawa rakyat Palestin.
Majoritinya wanita dan kanak-kanak, selain mencederakan lebih 172,000 penduduk serta memusnahkan sebahagian besar infrastruktur awam di wilayah berkenaan. – REUTERS