Tiga lagi kes baharu Ebola di Uganda

Petugas kesihatan mengiringi pesakit dipercayai doktor Amerika Syarikat terdedah Ebola di Prague, Czech Republic/Foto REUTERS

KAMPALA, 23 Mei – Uganda mengesahkan tiga lagi kes baharu Ebola, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kini meningkat kepada lima kes di negara itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kes baharu termasuk seorang pemandu yang membawa pesakit pertama Ebola di Uganda.
  • Seorang petugas kesihatan terdedah ketika merawat pesakit dan kini menerima rawatan sebagai kontak rapat.
  • Satu kes melibatkan warga Congo yang datang ke Kampala untuk rawatan kemudian kembali ke negara asal.
  • Kes ditemui selepas maklumat juruterbang; semua kontak dipantau; awam digesa tenang dan perkhidmatan penumpang ke Congo digantung.

Kementerian Kesihatan Uganda memaklumkan kes baharu itu melibatkan seorang pemandu yang membawa pesakit pertama Ebola di negara itu.

Dan seorang petugas kesihatan yang terdedah ketika merawat pesakit berkenaan.

Kedua-dua mereka kini menerima rawatan yang sebelum ini dikenal pasti sebagai kontak rapat.

Satu lagi kes melibatkan warga Congo yang memasuki Uganda awal bulan ini untuk mendapatkan rawatan di Kampala sebelum kembali semula ke negara asalnya.

Pihak berkuasa berkata, pesakit itu berjaya dikesan selepas menerima maklumat daripada juruterbang yang pernah membawa individu terbabit.

Menurut kementerian itu, semua kontak rapat bagi kes yang disahkan telah dikenal pasti dan kini dipantau rapi.

Uganda turut menggesa orang ramai supaya kekal tenang dan segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala jangkitan.

Awal minggu ini, Uganda menggantung perkhidmatan pengangkutan awam penumpang dengan Congo susulan risiko tinggi penularan Ebola rentas sempadan. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.