
TEHRAN, 22 Mei – Sebanyak 31 kapal komersial dan kapal tangki minyak dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz dalam tempoh 24 jam lalu menerusi koordinasi ketat dengan Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC).
- IRNA melaporkan laluan selamat membabitkan kapal tangki minyak, kapal kontena dan kapal kargo komersial lain.
- IRGC menegaskan komitmen memastikan laluan perdagangan global kekal selamat walaupun ancaman keselamatan oleh tentera AS.
- Kawasan perairan strategik kekal tegang susulan tindakan agresif CENTCOM menguatkuasakan sekatan maritim terhadap Iran.
- CENTCOM memaklumkan setakat 21 Mei pasukannya melencongkan laluan 94 kapal komersial dan melumpuhkan empat kapal lain.
Agensi berita rasmi Iran, IRNA yang memetik kenyataan Tentera Laut IRGC melaporkan bahawa laluan selamat itu membabitkan kapal tangki minyak, kapal kontena, serta kapal kargo komersial lain.
Pihak IRGC menegaskan bahawa di sebalik situasi tidak menentu dan ancaman keselamatan yang dicetuskan oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Teluk Parsi, pihaknya akan terus komited memastikan laluan perdagangan global kekal selamat.
Bagaimanapun, situasi di perairan strategik itu kekal tegang susulan tindakan agresif Markas Pemerintahan Sentral AS (CENTCOM) yang berterusan menguatkuasaan sekatan maritim terhadap Iran.
Menurut kenyataan CENTCOM di media sosial, setakat 21 Mei, pasukan tenteranya telah melencongkan laluan 94 kapal komersial dan melumpuhkan empat buah kapal lain yang cuba melalui kawasan berkenaan. – REUTERS