
KUALA LUMPUR, 21 Mei – Waktu operasi perkhidmatan tren bagi Stesen Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 12.30 tengah malam bersempena perlawanan akhir Piala Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Mei ini.
- Lanjutan operasi melibatkan Laluan Ampang/Sri Petaling dan Laluan Putrajaya untuk memudahkan pergerakan penumpang selepas perlawanan.
- Hanya Stesen Sungai Besi dibuka untuk pertukaran antara kedua-dua laluan; stesen lain kekal ditutup seperti biasa.
- Penumpang dibenarkan keluar di mana-mana stesen sepanjang laluan berkenaan.
- Rapid KL menggalakkan Park N' Ride, transaksi tanpa tunai atau kad Touch 'n Go dan menempatkan kakitangan tambahan.
Rapid KL dalam satu kenyataan memaklumkan, lanjutan operasi itu turut melibatkan Laluan Ampang/Sri Petaling dan Laluan Putrajaya bagi memudahkan pergerakan penumpang selepas tamat perlawanan.
Hanya Stesen Sungai Besi akan dibuka bagi tujuan pertukaran dari Laluan Ampang/Sri Petaling ke Laluan Putrajaya, manakala stesen lain kekal ditutup seperti biasa.
Bagaimanapun, penumpang masih dibenarkan keluar di mana-mana stesen sepanjang laluan berkenaan.
Bagi melancarkan perjalanan, Rapid KL turut menggalakkan penumpang menggunakan kemudahan parkir di Park N’ Ride yang disediakan, selain melakukan transaksi tanpa tunai atau menggunakan kad Touch ‘n Go.
“Rapid KL akan menempatkan kakitangan tambahan di lokasi-lokasi strategik bagi membantu penumpang sepanjang tempoh lanjutan operasi tersebut,” menurut kenyataan itu.