Terus utamakan kesejahteraan rakyat Selangor – Sultan Sharafuddin

Foto FB Amirudin Shari

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar di Istana Alam Shah, Klang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pembentangan perkembangan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor kepada baginda.
  • Pakej dirangka untuk membantu rakyat dan sektor perniagaan terkesan akibat krisis di Asia Barat.
  • Sultan berkenan agar kerajaan negeri terus mengutamakan kesejahteraan rakyat Selangor.
  • Amirudin menzahirkan doa dan penghargaan kepada Sultan serta Tengku Permaisuri, mendoakan afiyah, kesihatan, kebijaksanaan dan kedaulatan baginda.

Pertemuan itu dikongsikan menerusi Facebook Datuk Seri Amirudin yang memaklumkan sesi menghadap tersebut bagi membentangkan perkembangan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor kepada baginda.

“Pakej Pengukuhan Daya Tahan ini telah dirangka bagi membantu rakyat dan sektor perniagaan yang terkesan akibat krisis di Asia Barat.

“Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkenan dan menzahirkan agar kerajaan negeri terus mengutamakan kesejahteraan rakyat Selangor,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Seri Amirudin turut menitipkan doa dan menzahirkan penghargaan kepada Sultan Sharafuddin serta Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin agar sentiasa dikurniakan afiyah, kesihatan yang baik, dilimpahi kebijaksanaan, taufik dan hidayah.

Beliau juga mendoakan agar baginda berdua kekal qarar bersemayam menaungi Selangor dengan penuh kedaulatan dan kemuliaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.