Pasukan Bola Sepak Iran mulakan proses visa AS bagi Piala Dunia FIFA 2026 di Turkiye

Foto Bernama

ISTANBUL, 21 Mei – Pasukan bola sepak kebangsaan Iran pada Khamis mengemukakan permohonan visa di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Ankara sebagai persiapan menghadapi Piala Dunia FIFA 2026, lapor Anadolu Ajansi memetik media tempatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kejohanan dianjurkan bersama AS, Kanada dan Mexico dari 11 Jun hingga 19 Julai.
  • Skuad menjalani kem latihan di Antalya sejak 19 Mei.
  • Persekutuan maklum beberapa pemain luar negara dijangka sertai delegasi bagi urusan visa dan formaliti.

Kejohanan itu akan dianjurkan bersama oleh AS, Kanada dan Mexico dari 11 Jun hingga 19 Julai.

Anggota skuad Iran tiba di kedutaan di ibu negara Turkiye itu bagi melengkapkan proses permohonan visa.

Ketika meninggalkan bangunan berkenaan, pemain tersenyum apabila ditanya wartawan sama ada permohonan mereka diluluskan.

Pasukan itu kini menjalani kem latihan di bandar peranginan Antalya sejak 19 Mei.

Mehdi Mohammad Nabi, Naib Presiden Pertama Persekutuan Bola Sepak Iran, sebelum ini berkata skuad itu akan ke Ankara untuk melengkapkan proses visa AS dan Kanada bagi semua anggota pasukan.

Beliau turut memaklumkan beberapa pemain yang beraksi di luar negara dijangka menyertai delegasi itu untuk urusan visa dan formaliti lain.-BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.