Rekod baharu Everest: 274 pendaki tawan puncak dalam sehari

Tangkap layar video pendaki di Gunung Everest / Foto Reuters

KATHMANDU, 20 Mei – Seramai 274 pendaki berjaya menawan Gunung Everest pada Rabu, sekali gus mencatat rekod tertinggi bagi jumlah pendaki yang sampai ke puncak tertinggi dunia itu dalam tempoh sehari dari laluan Nepal.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gunung Everest terletak di sempadan Nepal dan Tibet, dan boleh didaki melalui kedua-dua laluan.
  • Pihak berkuasa China tidak mengeluarkan permit, menyebabkan tiada pendaki menggunakan laluan Tibet tahun ini.
  • Pakar mengkritik Nepal kerana membenarkan terlalu ramai pendaki, menimbulkan kesesakan berbahaya di zon maut dengan oksigen sangat rendah.

Menurut seorang pegawai pendakian, jumlah tersebut merupakan rekod baharu bagi pendakian dari laluan Nepal.

Gunung Everest yang berketinggian 8,849 meter terletak di sempadan Nepal dan wilayah Tibet, China dan boleh didaki melalui kedua-dua laluan negara berkenaan.

Namun, pengendali ekspedisi memaklumkan tiada pendaki menggunakan laluan Tibet pada tahun ini selepas pihak berkuasa China tidak mengeluarkan permit pendakian.

Pakar pendakian gunung sering mengkritik Nepal kerana membenarkan terlalu ramai pendaki mendaki Everest pada satu-satu masa.

Keadaan itu dikatakan boleh menyebabkan kesesakan berbahaya dan barisan panjang di kawasan dikenali sebagai “zon maut” berhampiran puncak.

Zon tersebut mempunyai paras oksigen semula jadi yang sangat rendah dan boleh mengancam nyawa manusia. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.