WHO pindah 77 pesakit dan pengiring dari Gaza melalui lintasan Rafah

Kumpulan berkenaan melibatkan 29 pesakit dan individu cedera bersama 48 pengiring. Foto REUTERS

SEMENANJUNG GAZA, 19 Mei – Seramai 77 rakyat Palestin dipindahkan keluar dari Semenanjung Gaza pada Selasa menerusi operasi pemindahan perubatan yang diselaraskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui lintasan sempadan Rafah bagi mendapatkan rawatan di luar negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kumpulan melibatkan 29 pesakit dan individu cedera serta 48 pengiring, dipindahkan selepas gagal mendapatkan rawatan sewajarnya akibat sekatan Israel dan serangan berterusan.
  • Pesakit dan pengiring dihimpunkan di hospital medan PRCS barat Khan Younis, kemudiannya diangkut dengan ambulans dan bas ke lintasan Rafah.
  • Sistem kesihatan Gaza terjejas, kekurangan bekalan kritikal; menurut pihak berkuasa Palestin kira-kira 22,000 pesakit dan cedera masih menunggu pemindahan perubatan.

Kumpulan berkenaan melibatkan 29 pesakit dan individu cedera bersama 48 pengiring yang dipindahkan selepas gagal memperoleh rawatan sewajarnya di Gaza susulan sekatan Israel dan serangan berterusan rejim itu.

Pesakit serta pengiring mereka terlebih dahulu dihimpunkan di hospital medan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) di barat Khan Younis sebelum dibawa menaiki ambulans dan bas menuju ke lintasan Rafah di selatan Gaza.

Ribuan rakyat Palestin yang cedera serta menghidap penyakit kronik masih menunggu untuk keluar dari Gaza bagi mendapatkan rawatan perubatan ketika sistem kesihatan di wilayah itu terus berdepan kemusnahan serta kekurangan bekalan kritikal akibat peperangan.

Menurut pihak berkuasa Palestin, kira-kira 22,000 pesakit dan individu cedera di Gaza kini masih menunggu proses pemindahan perubatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.