Warga emas rentung, kediaman musnah dalam kebakaran

Foto JBPM

SANDAKAN, 19 Mei – Seorang wanita warga emas rentung dalam insiden kebakaran melibatkan sebuah rumah di Jalan Fook Hin Batu 12, di sini semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Panggilan kecemasan diterima pada pukul 8.38 malam; sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kira-kira 20 kilometer dari balai.
  • Rumah separuh kekal dua tingkat musnah sepenuhnya dalam kebakaran.
  • Api berjaya dikawal pada pukul 9.35 malam dan punca kejadian sedang disiasat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung dalam kenyataan memberitahu, mangsa berusia 84 tahun yang dipercayai terperangkap ditemukan pada pukul 10.44 malam di bahagian ruang tamu rumah berkenaan.

“Panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pada pukul 8.38 malam. Sepasukan anggota digegaskan ke lokasi yang terletak kira-kira 20 kilometer dari balai.

“Rumah separuh kekal dua tingkat terbabit musnah sepenuhnya. Api berjaya dikawal daripada merebak pada pukul 9.35 malam dan punca kejadian dalam siasatan,” jelasnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.