Ribut petir, hujan lebat di lima negeri hingga tengah hari

Foto hiasan / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lima negeri hingga 1.00 tengah hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • MetMalaysia keluarkan kenyataan mengenai keadaan cuaca yang dijangka melanda beberapa kawasan.
  • Pulau Pinang dan Kedah terjejas: Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim, Bandar Baharu.
  • Perak, Pahang dan Johor terjejas: Kerian; Larut, Matang dan Selama; Hulu Perak; Kuala Kangsar; Rompin; Batu Pahat; Pontian; Kulai; Johor Bahru.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka melanda Pulau Pinang serta Kedah melibatkan kawasan Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Di Perak kawasan diramal terjejas ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar, selain Pahang (Rompin) dan Johor (Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru). – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.