
GENEVA, 17 Mei – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Ahad mengisytiharkan wabak Ebola di Republik Demokratik Congo (DR Congo) dan Uganda sebagai “kecemasan kesihatan awam yang menjadi kebimbangan antarabangsa”.
- WHO menyatakan wabak akibat virus Bundibugyo tidak memenuhi kriteria pandemik menurut Peraturan Kesihatan Antarabangsa.
- Ketua Pengarah WHO akan menubuhkan jawatankuasa kecemasan untuk menilai dan memberi cadangan sementara kepada negara anggota.
- Sehingga Sabtu: 8 kes disahkan, 246 disyaki, 80 kematian disyaki di wilayah Ituri, Republik Demokratik Congo, tiga zon kesihatan.
- Virus Bundibugyo disebarkan melalui sentuhan dengan darah dan cecair badan; gejala demam, pendarahan, kegagalan organ; kadar kematian 50 hingga 90 peratus.
WHO menerusi memaklumkan wabak yang disebabkan oleh virus Bundibugyo itu bagaimanapun tidak memenuhi kriteria sebagai pandemik di bawah Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR).
Menurut WHO, Ketua Pengarah organisasi itu akan menubuhkan jawatankuasa kecemasan dalam masa terdekat bagi menilai serta memberi cadangan sementara kepada negara-negara anggota berhubung tindak balas terhadap situasi berkenaan.
Setakat Sabtu, sebanyak lapan kes disahkan melalui ujian makmal, 246 kes disyaki dan 80 kematian disyaki telah direkodkan di wilayah Ituri, DR Congo, melibatkan sekurang-kurangnya tiga zon kesihatan.
Virus Bundibugyo yang menyebabkan demam berdarah Ebola disebarkan melalui sentuhan dengan darah, cecair badan, atau rembesan individu dan haiwan yang dijangkiti. Gejala klinikal termasuk demam, pendarahan serta kerosakan pelbagai organ, dengan kadar kematian dianggarkan antara 50 hingga 90 peratus.-REUTERS