KEADILAN sahkan Rafizi, Nik Nazmi keluar parti, kosongkan kerusi Parlimen

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 17 MeiParti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengesahkan menerima pengumuman mengejut daripada dua Ahli Parlimennya, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad, yang mengisytiharkan pengosongan kerusi Parlimen masing-masing serta keluar daripada parti itu, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keanggotaan kedua-dua pemimpin terbatal serta-merta selaras peruntukan Perlembagaan parti, kata Setiausaha Agung.
  • Fasal 9(1)(c) menyatakan keahlian gugur automatik apabila ahli mengisytiharkan keluar daripada parti.
  • Merujuk Perkara 49A(1)(a)(ii) Perlembagaan Persekutuan, kerusi Dewan Rakyat akan dikosongkan jika ahli bukan lagi anggota parti asal.
  • KEADILAN akan merujuk status kedua-dua Ahli Parlimen kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan meneliti keanggotaan ahli lain yang hadir program berkaitan.

Setiausaha Agung KEADILAN, Dr. Fuziah Salleh berkata, parti menerima keputusan berkenaan dan mengesahkan bahawa keanggotaan kedua-dua pemimpin itu terbatal serta-merta selaras dengan peruntukan Perlembagaan parti.

Menurut beliau, perkara itu berlandaskan Fasal 9(1)(c) Perlembagaan KEADILAN yang menyatakan keahlian seseorang gugur secara automatik apabila ahli mengisytiharkan keluar daripada parti.

“Merujuk kepada Perkara 49A(1)(a)(ii) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kerusi Dewan Rakyat akan dikosongkan sekiranya seseorang Ahli Parlimen tidak lagi menjadi anggota parti politik yang diwakilinya ketika dipilih.

“Pengisytiharan itu adalah jelas bertepatan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr. Fuziah berkata, pihaknya akan merujuk status kedua-dua Ahli Parlimen berkenaan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Speaker, bagi tindakan selanjutnya berhubung kedudukan mereka di Parlimen.

Dalam pada itu, KEADILAN turut memaklumkan akan meneliti status keanggotaan Ahli Parlimen parti itu yang lain yang hadir ke dalam program berkaitan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.