
KUALA LUMPUR, 16 Mei – Terengganu Marvels mencatat kemenangan tipis 55-53 ke atas Johor Jewels dalam aksi sengit Netball Super League yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara, malam tadi.
- Johor Jewels mulakan perlawanan cemerlang, mendahului 15-10 dan kekal depan 26-23 menjelang rehat separuh masa.
- Terengganu memperkemas aksi pada suku ketiga, merapatkan jurang hingga Jewels hanya mendahului tipis 41-40.
- Suku terakhir dramatik; Marvels lebih tenang manfaat peluang saat genting untuk melengkapkan kebangkitan dan meraih kemenangan.
Johor Jewels memulakan perlawanan dengan lebih cemerlang apabila menguasai suku pertama untuk mendahului 15-10 menerusi corak permainan pantas dan kemas.
Momentum itu diteruskan pada suku kedua apabila Jewels terus mengekalkan kelebihan untuk berada di hadapan 26-23 menjelang rehat separuh masa pertama.
Memasuki suku ketiga, Johor Jewels tampil lebih agresif dan cuba mengawal tempo permainan. Namun, Terengganu Marvels berjaya memperkemaskan aksi di penghujung suku untuk merapatkan jurang mata, sekali gus menyaksikan Jewels hanya mendahului tipis 41-40
Suku terakhir berlangsung penuh dramatik apabila kedua-dua pasukan saling berbalas jaringan dalam usaha memburu kemenangan.
Marvels bagaimanapun lebih tenang memanfaatkan peluang pada saat genting untuk melengkapkan kebangkitan dan meraih kemenangan 55-53.
Pemain Johor Jewels, Fariha Razak, dipilih sebagai Queen of the Court selepas mempamerkan aksi konsisten sepanjang perlawanan serta memainkan peranan penting dalam menggerakkan corak permainan pasukannya.