99 PATI dihantar pulang, dilarang masuk semula Malaysia

Antara PATI yang dihantar pulang ke negara asal masing-masing

ALOR SETAR, 14 Mei– Seramai 99 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) pelbagai warganegara dihantar pulang ke negara asal masing-masing, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jabatan Imigresen Kedah menguruskan penghantaran pulang PATI melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
  • PATI terdiri daripada lelaki dan wanita melibatkan warganegara Myanmar, Indonesia, Bangladesh, China, Nepal, Vietnam, Pakistan dan India.
  • Mereka didapati melanggar Akta Imigresen, selesai menjalani hukuman, disenarai hitam dan dilarang memasuki semula Malaysia.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah dalam kenyataan memaklumkan, proses berkenaan dilakukan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“PATI terbabit terdiri daripada 64 lelaki dan 35 wanita melibatkan warganegara Myanmar, Indonesia, Bangladesh, China, Nepal, Vietnam, Pakistan dan India.

Tambah JIM Kedah, semua tahanan terbabit sebelum ini ditempatkan di Depot Imigresen Belantik, Sik,” menurut kenyataan itu.

Kesemua PATI berkenaan didapati melakukan kesalahan bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Mereka dikesan memasuki negara tanpa pas atau permit sah selain tinggal melebihi tempoh dibenarkan.

“PATI terbabit telah selesai menjalani hukuman sebelum proses pemindahan dilaksanakan.

Mereka yang dihantar pulang memiliki dokumen perjalanan sah, manakala sebahagian daripada mereka dibekalkan Dokumen Perjalanan Sementara yang dikeluarkan kedutaan negara masing-masing bagi melancarkan urusan penghantaran pulang,” menurut kenyataan itu lagi.

JIM Kedah menegaskan, kesemua PATI terlibat disenarai hitam dalam sistem jabatan dan dilarang memasuki semula Malaysia bagi apa juga tujuan dalam tempoh ditetapkan.