Bonnie buru emas Komanwel, Para Asia

Bonnie menyamai rekod Datuk Azizulhasni selaku penerima anugerah utama SAM terbanyak /Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Jaguh angkat berat para negara, Bonnie Bunyau Gustin menyasarkan pingat emas pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 dan Sukan Para Asia 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Membela gelaran Kejohanan Powerlifting Dunia 2025 di Kaherah, juara dunia kali keempat berturut-turut.
  • Rekod angkatannya 232 kilogram kekal tiada yang mampu mencabar setakat ini.
  • Dinobatkan Atlet Para Terbaik SAM 2025, menyamai rekod Datuk Azizulhasni empat kemenangan anugerah utama.

Keyakinan itu selepas dia sekali lagi mencipta kejayaan besar apabila mempertahankan gelaran pada Kejohanan Powerlifting Dunia 2025 di Kaherah, Mesir, sekali gus muncul juara dunia buat kali keempat berturut-turut.

“Untuk kedua-dua temasya ini saya sasarkan dapat pingat emas dan juga saya dapat mengekalkan ranking saya.
Setakat ini rekod saya tiada lagi yang boleh cabar rekod saya 232 kilogram,” katanya.

Beliau ditemui selepas dinobatkan Atlet Para Terbaik Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 2025 di ibu negara.

Atlet berusia 26 tahun itu berkata, pengiktirafan diterima menjadi pembakar semangat untuk terus mengekalkan prestasi cemerlang selain mempertahankan status sebagai antara atlet para terbaik dunia.

Pengiktirafan terbaharu itu turut menyaksikan Bonnie menyamai rekod legenda berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang sebagai penerima terbanyak anugerah utama SAM dengan empat kemenangan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.