
Dalam satu kenyataan pada Ahad, MFA memaklumkan bahawa pegawai-pegawai kedutaan juga sedang berhubung rapat dengan keluarga mangsa yang terlibat bagi memudahkan proses pengecaman dan akan terus menghulurkan bantuan konsular.
- Pegawai kedutaan berhubung rapat dengan keluarga mangsa untuk pengecaman dan menyediakan bantuan konsular.
- MFA merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa Indonesia dan pasukan SAR atas usaha mereka.
- BNPB mengesahkan semua tiga mayat pendaki ditemukan, menamatkan operasi mencari dan menyelamat.
- Letusan Gunung Dukono menyebabkan tiga terkorban; 17 diselamatkan termasuk tujuh warga Singapura.
“Pihak berkuasa Indonesia telah memaklumkan kepada pegawai dari Kedutaan Singapura di Jakarta bahawa mereka telah menemukan dua mayat dari Gunung Dukono, yang dipercayai merupakan warga Singapura yang dilaporkan hilang.
“MFA ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak berkuasa Indonesia, terutamanya pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang terdiri daripada lebih 150 anggota atas usaha mereka dalam keadaan yang sangat sukar dan berbahaya,” menurut kenyataan itu.
Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, mayat kesemua tiga pendaki yang terkorban dalam letusan Gunung Dukono di timur Indonesia telah ditemukan, sekali gus menamatkan secara rasmi operasi SAR pada Ahad.
Gunung Dukono, yang terletak di bahagian utara Pulau Halmahera dalam Wilayah Maluku Utara, meletus pada pagi Jumaat, mengorbankan tiga individu manakala 17 yang lain, terdiri daripada tujuh warga Singapura dan 10 warga Indonesia, berjaya diselamatkan – BERNAMA