Agong undang Putin lawat Malaysia sempena Jubli Intan hubungan kedua-dua negara

Sultan Ibrahim (kanan) bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin ketika bertemu di Moscow/Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengundang Presiden Rusia, Vladimir Putin untuk melawat Malaysia tahun hadapan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sambutan Jubli Intan menandakan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik Malaysia dan Rusia.
  • Seri Paduka mengucapkan terima kasih atas sambutan hangat dan layanan mesra semasa lawatan di Moscow.
  • Baginda menyifatkan Rusia sebagai rumah kedua serta menghargai keberanian dan pengorbanan rakyat Rusia.
  • Sejak 1967, hubungan berkembang menjadi ikatan kukuh; pertemuan di St. Petersburg membuahkan aspirasi meningkatkan kerjasama.

Jemputan tersebut bersempena sambutan Jubli Intan menandakan ulang tahu ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Seri Paduka Baginda turut mengucapkan terima kasih kepada Putin atas sambutan hangat di Moscow.

“Adalah menjadi sutau keseronokan untuk kembali ke Rusia yang saya anggap sebagai rumah kedua.

”Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada Presiden dan Kerajaan Rusia atas sambutan dan layanan mesra yang telah diberikan kepada saya serta delegasi sepanjang lawatan ini,” tith baginda.

Sultan Ibrahim turut menzahirkan rasa berbesar hati kerana dapat meraikan detik bersejarah tersebut yang mencerminkan keberanian dan pengorbanan rakyat Rusia.

”Hari ini menyerlahkan nilai ketabahan dan keamanan yang menjadi asas kepada jiwa rakyat Rusia,” titah baginda ketika bertemu Putin di Moscow.

Sejak 1967, perkongsian Malaysia dan Rusia berkembang secara berterusan menjadi satu ikatan yang kukuh dan produktif.

Titah baginda lagi, pertemuan terakhir di St. Petersburg berjaya membuahkan hasil, dengan kedua-dua pemimpin berkongsi aspirasi yang sama untuk meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara.

Perjalanan yang ditempuhi kedua-dua negara dan pencapaian penting yang diraih ketika ini merupakan sesuatu yang amat bermakna.